najwa syarina

najwa syarina

Tuesday 23 August 2011

kIMiA.......................................




Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita


Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu



Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

Friday 12 August 2011

khasiat buah betik................

Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.
  • Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium
  • terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik.
  • Jumlah kalorinya sangat rendah
  • Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.
Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.

















 



Sunday 7 August 2011

JaLaN-JaLAn..................................

hai sume???????semalam 6 0gos 2011 aq and kwan-kwan seumah pergi bazar ramadhan kat pekan tanjung malim......semsa tgah tnggu bus 2 sempat lar kitorang berposing skit....hehehhehhe...nie lar pic kitorang,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,









 

Tuesday 2 August 2011

bahaya bertumit tinggi,,,

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita. Selain sebahagian daripada fesyen, penampilan akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Antara bahaya yang akan menempah golongan yang gemar memakai kasut tumit tinggi adalah seperti berikut:

1.Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.


2.Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

3.”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”

4.Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.


5.Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

6.”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

7.”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

8.Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

9.”Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.


Jadi, mana yang anda pilih? Sesuatu yang nampak bergaya atau keselesaan dan kesihatan anda? Kasut tumit tinggi adalah contoh terbaik bagi menggambarkan keadaan yang saya sebutkan di atas. Cukup memudaratkan untuk jangka masa panjang.


Monday 1 August 2011

RAMADHAN KEMBALI LAGI

semoga ALLAH jadikan,
SUBUHmu cahaya,
ZOHORmu gembira,
ASARmu bahagia,
MAGRIBmu keampunan,
ISYAKmu keberkatan,
DOAmu diterimaNYA
REZEKImu diperluaskaNYA.
SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA!!!